USAHAWAN ONLINE

Nama: Hasni Farhana Binti Mat Nawi

Umur: 30 tahun

Ahli: April 2016 - Sekarang

 

Latar belakang

Puan Hanis Farhana merupakan seorang usahawanita yang membekal dan menjual barang keperluan wanita (cloth pad). Beliau merupakan graduasi dari Universiti Utara Malaya dalam bidang Pengajian Statistic.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menceburi diri dalam Pi1M Buluh Kubu, beliau tidak mempunyai pengetahuan untuk mempromosi dan meningkatkan perkhidmatan beliau. Pihak Pi1M telah menjemput beliau untuk hadir ke kelas ushawanan yang dianjurkan oleh pihak MDEC dengan kerjasama pihak Pi1M. Beliau diajar tentang cara untuk “boost promotion” berkaitan dengan perkhidmatan yang diusahakan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Perniagaan ‘Clothpads’ semakin mendapat ruang di hati pengguna sehingga melangkau negeri iaitu di Sabah dan Sarawak serta Brunei. Saudari hanya menggunkan medan sosial seperti FB ADS untuk mempromosi dan meningkatkan jualan yang diusahakan. Beliau juga aktif bersama Pi1M Buluh Kubu kerana sentiasa mengikuti program yang dianjurkan Pi1M. Hasil jualan ‘Clothpads’ juga semakin meningkat daripada RM500 sehari meningkat kepada RM1000 untuk setiap hari kerana menerima tempahan daripada pengujung yang berbilang bangsa.