USAHAWAN ONLINE

Nama: Norzianie Binti Che Mansor  

Umur: 45 tahun

Ahli: December 2015 - Sekarang

 

Latar belakang

Merupakan seorang warga pendidik yang mempunyai  perniagaan secara atas talian berkaitan dengan produk kesihatan dan kecantikan.  Merupakan seorang usahawan yang mempunyai  perniagaan secara atas talian berhubung dengan produk kesihatan dan kecantikan. Saudari sentiasa mencari peluang untuk menambah jumlah pelanggannya terutama dalam kalangan para guru di sekolah. Pn. Norzianie juga sentiasa memuatnaik produknya di laman dashboard “my shop” bagi tujuan promosi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kadar purata pendapatan bersih hasil daripada perniagaan yang diceburi adalah sebanyak RM280 untuk setiap hari dan kadang-kadang pendapatan meningkat bergantung kepada promosi yang dilakukan. Sebelum penglibatan di Pi1M Buluh Kubu, beliau tidak mahir menggunakan aplikasi online seperti FB Pages, Blog dan sebagainya kerana beliau hanya menggunakan aplikasi FB biasa dan Instagram serta Whassap.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas tertubuhnya PI1M Buluh Kubu dikawasan Kota Bharu, beliau kerap kali hadir untuk belajar cara bagaimana untuk meningkatkan promosi berkaitan perniagaan tudung beliau dan juga jualan produk-produk kesihatan. Selain itu beliau juga berpeluang mengikuti kelas keusahawnan yang dianjurkan pihak Pi1M dan juga MDEC. Pada masa yang sama juga perniagaan beliau semakin mendapat tempat di hati pelanggan kerana promosi jualan sentiasa berada di atas dlam FB Pages.