CELIK IT SOFTWARE & E-KEUSAHAWANAN

Nama: Muhammad Faris 

Umur: 21 tahun

Ahli: Ogos 2016 - Sekarang

 

Latar belakang

Merupakan seorang bekas pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2, Kota Bharu Kelantan. Saudara Faris merupakan seorang bekas pelajar dalam aliran matapelajaran Sastera di sebuah sekolah yang terletak tidak jauh daripada Pi1M Buluh Kubu. Saudara mula mengenali Pi1M Buluh Kubu seawal Pi1M ditubuhkan. Saudara merupakan ahli Pi1M yang aktif kerana selalu mengunjungi Pi1M untuk mendapatkan maklumat berkaitan pendaftaran UPU,Politeknik dan lain-lain. Beliau mendapat keputusan cemerlang semasa SPTM tahun lepas. Setiap hari beliau hadir ke Pi1M untuk bertanyakan pendapat dan pengetahuan untuk mengisi kekosongan kerja disamping mengisi UPU.

Beliau juga merupakan AJK Pi1M yang sentiasa membantu pihak Pi1M. Beliau sekarang sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara Shah Alam dalam bidang Diploma Pengurusan Teknologi dan Maklumat

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau sentiasa memanfaatkan kemudahan yang disediakan di Pi1M bagi menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan guru semasa masih belajar di tingkatan lima. Sekiranya cuti semester UiTM, beliau akan datang ke Pi1M untuk bertanyakan berkaitan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Sebelum wujudnya Pi1M BuluhKubu, beliau sering kali mengunjungi cybercafé berdekatan dan jelas sekali menyatakan rasa tidak selesa kerana persekitaran yang tidak kondusif berbanding dengan Pi1M Buluh Kubu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setiap kali cuti semester bermula, beliau akan mengunjungi Pi1M untuk mempelajari kelas keusahawanan dan kelas-kelas software kerana beliau juga salah seorang peniaga online. Sepanjang berada di kampus mahupun di rumah beliau banyak menghabiskan masa untuk berurusan dengan pelanggan online dan jelas sekali perkhidmatan Pi1M adalah sangat berguna kepada beliau.