Jalan ini bermula dari persimpangan Jalan Rest House dengan Jalan Hospital dan menghala ke persimpangan Jalan Langgar dan Jalan Wakaf Che Yeh. Di persimpangan ini di zaman sebelum tahun 1945 Masihi ada sebuah wakaf yang dinamakan Wakaf Siku mengambil sempena nama Kampung Siku di sekitar kawsan itu. Sekarang jalan ini dinamakan Wakaf Siku mengambil sempena nama Kampung Siku di sekitar kawasan itu. Sekarang jalan ini dinamakan Jalan Sultan Ibrahim.

Jalan ini menghala dari hilir ke hulu bandar Kota Bharu. Ia bermula daripada persimpangan Jalan Rest House dengan Lorong Gajah Mati di sebelah hilir menghala ke sebelah hulu hingga ke Kampung Puteh (di persimpangan Jalan Kampung Puteh dan Jalan Pintu Geng sekarang). Nama jalan ini mengambil sempena nama kampung di kawasan itu pada zaman dahulu (sejak awal Abad Ke-a9 Masihi) bertanam dengan pohon-pohon sireh.

Jalan ini mengambil sempena Tuan Sulaiman (atau Tuan Man) bergelar Tengku Pekerma Raja. Jalan ini bermula dari persimpangan Jalan Sultan dengan Jalan Seri Maharaja menghala ke timur hingga ke persimpangan Jalan Tok Hakim dan Jalan Temenggong.

Jalan ini bermula dari bucu panggung Lido sekarang di sebelah barat menghala ke timur hingga ke persimpangan Jalan Seri Maharaja dan bersambung terus dengan Jalan Tengku Petra Semerak (dahulu namanya Lorong Tengku Petra Semerak). Dinamakan Jalan Kabul kerana di kiri kanan jalan itu terdapat kadai-kedai kain yang dikendalikan oleh orang-orang bangsa Kabul (bangsa Afghan). Kemudian Jalan Kabul ini dijadikan sebahagian daripada Jalan Tengku Petra Semerak.

Jalan ini mengambil sempena gelaran Tuan Long Salleh yang bergelar Tengku Temenggong di zaman permulaan pemerintahan Sultan Muhamad IV (1900-1920 Masihi). Jalan ini bermula dari persimpangan Jalan Tok Hakim dengan Jalan Seri Pekerma Raja di sebelah hilir menghala ke sebelah hulu hingga ke persimpangan Jalan Rest House, Jalan Wakaf Siku dan Jalan Hospital.