Jalan ini mengambil sempena Tuan Sayid Jaafar yang bergelar Engku Hakim Seriwa Raja iaitu seorang Hakim di zaman pemerintahan Sultan Muhamad II (1839-1886 Masihi). Jalan ini bersambung dengan Jalan Seri Pekerma dan menghala ke persimpangan Jalan Doktor dan Lorong Parit Dalam (perhatian bas sekarang).