Jalan ini mengambil sempena gelaran Tuan Long Salleh yang bergelar Tengku Temenggong di zaman permulaan pemerintahan Sultan Muhamad IV (1900-1920 Masihi). Jalan ini bermula dari persimpangan Jalan Tok Hakim dengan Jalan Seri Pekerma Raja di sebelah hilir menghala ke sebelah hulu hingga ke persimpangan Jalan Rest House, Jalan Wakaf Siku dan Jalan Hospital.