Jalan ini bermula dari persimpangan Jalan Seri Maharaja dengan Jalan Kampung Sireh. Ia bersambung dengan Lorong Gajah Mati dan menghala ke timur bersambung dengan Jalan Hospital. Jalan Rest House ini mengambil sempena bangunan Rest House (Rumah Rehat Kerajaan) yang diperbuat daripada kayu dan berwarna hitam yang dibina dalam tahun 20an dahulu. Rest House ini telah diroboh kira-kira dalam tahun enam puluhan.