Jalan ini bermula dari persimpangan Jalan Temenggong dan Jalan Wakaf Siku dan bersampung dengan Jalan Rest House dan Jalan Jail. Dinamakan Jalan Hospital kerana di zaman sebelum tahun 1930 Masihi di sebelah hilir jalan itu ada sebuah hospital kerajaan (berhadapan dengan Pejabat Bandaran dan Pejabat Jajahan dan Tanah Kota Bharu sekarang). Hospital ini tiada lagi kerana telah dirobohkan apabila hospital yang ada sekarang siap dibina sebelum tahun 1935 Masihi.