Jalan ini bermula dari persimpangan Jalan Jail dan menghala ke persimpangan Jalan Tok Hakim dan Jalan Tengku Seri Maharani. Di zaman sebelum tahun 1950 Masihi terdapat sebuah hospital (bangunan kayu) di persimpangan Jalan Jail dengan Jalan Hospital. Hospital ini ialah khusus bagi bangsa kulit putih ( bangsa Eropah atau pegawai-pegawai Inggeris) dan di situ terdapat sebuah rumah tempat kediaman seorang doktor bangsa Inggeris dan sebab itulah jalan ini dinamakan Jalan Doktor.