ATURCARA PROGRAM/AKTIVITI TAHUNAN 2017

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (PI1M BULUH KUBU)

(TARIKH: 15 Julai 2017)

MASA

AKTIVITI

8.00 – 8.45 Pg

PENDAFTARAN PESERTA PROGRAM

SARAPAN PAGI

8.45 – 9.00 Pg

Penerangan ringkas berkaitan dengan Pi1M

9.00 – 11.30 Pg

AKTIVITI – PENDEDAHAN TENTANG DASHBOARD AKAUN

  1. Peserta akan diterangkan tentang kepentingan penggunaan dashboard akaun
  2. Peserta yang membawa produk perlu menyusun atur dalam keadaan kemas bagi memudahkan proses bengkel MY SHOP.
  3. Penerangan secara terperinci berkaitan dengan penggunaan aplikasi MY SHOP.
  4. Peserta akan diajar cara-cara untuk mengambil gambar produk agar kelihatan lebih menarik dan juga cara untuk memuatnaik ke laman dashboard akaun masing-masing.

9.00 – 11.30 Pg

AKTIVITI – PEMERIKSAAN KESIHATAN MY HEALTH

  1. Pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh petugas Pi1M menggunakan peralatan MY HEALTH.
  2. Khidmat nasihat ringkas berkaitan dengan kesihatan oleh petugas Pi1M.

11.30PG – 2.00PM

  1. Majlis Penyampaian Hadiah Oleh Petugas Pi1M
  2. Cabutan Bertuah
  3. Makan Tengahari Disediakan
  4. Bersurai

Pertandingan Selfie/Wefie dan Bergambar Sempena Hari Ibu dan Hari Guru

1. Penyertaan terbuka kepada semua kategori ahli Pi1M Buluh Kubu

2. Peserta perlu mengambil gambar "selfie" bertemakan hari guru atau hari ibu dan uploadkan gambar di dashboard mykomuniti. (sila log in ke dashboard.pi1m.my)

3. Jumlah penyertaan tidak terhad.

4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Mei 2017.

5. Pemenang akan diumumkan pada 30 Mei 2017 dan keputusan adalah muktamad.

SELAMAT DATANG

Pusat Internet 1 Malaysia Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal kami. Pusat Internet 1 Malaysia merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana Pi1M yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat.

 

OBJEKTIF UTAMA

1. Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pi1M.

4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

 

KEMUDAHAN

Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

Perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar  bagi setiap pencawang bagi bagi capaian penduduk sekitar dalam 2 kilometer.

Kemudahan 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan fotostat dan mesin pencetak dan pengimbas.

Program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

Perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar.

Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian.

Perkhidmatan faks, pencetak (printing), pengimbas (scanning), laminate dan binding.

Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pi1M.

Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

Program latihan ICT dan pembangunan modal insan.

Aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus.

 

KEAHLIAN

Keahlian terbuka pada semua penduduk tempatan.

Untuk menjadi ahli hanya RM5.00 seumur hidup.

Jika ahli tidak aktif lebih dari setahun, keahlian akan dibatalkan.

Setiap ahli akan mendapat kad keahlian dan tidak boleh ditukar milik.

Ahli mendapat keistimewaan dari segi latihan dan bayaran penggunaan.

Ahli baru akan mendapat internet percuma selama 90 jam.

 

Petugas-Petugas Pusat Internet 1Malaysia Buluh Kubu


1.    Pengurus
Nama: Nadia Nabila Binti Che Ruzalan
No. telefon: 013-2424258.


2.    Penolong Pengurus
Nama:  Mohd Ghazali Bin Mat Yisa
No. telefon: 013-9192517
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.