Dibina sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud II pada 1940, Istana Balai Besar merupakan Istana Bersemayam Sultan-sultan Kelantan yang terdahulu. Kini istana ini hanya digunakan untuk mengadakan majlis-majlis rasmi negeri. Di perkarangan istana ini terdapat sebuah Balai Mengadap yang luas, Balai Takhta Singgahsana dan ruang pameran yang memaparkan berbagai koleksi barangan dan alat-alat kebesaran DiRaja.