Hospital Besar Kota Bharu mula dibina pada 1929 di satu kawasan di Kampung Padang Garong. Hospital yang dikenali sebagai Hospital Umum Kota Bharu itu terletak di satu kawasan berhadapan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu sekarang.