Nasi Tupang atau dalam dialek Kelantan "Nasi Tupe" seunit namanya yang menjadi identit di Negeri Cik Siti Wan Kembang sejak berzaman lamanya. Bagi warga Kelantan, Nasi Tumpang begitu istimewa dan ia antara menjadi punca pendapatan mereka. Jika dahulu Nasi Tumpang berharga RM0.5 tetapi hari ini berharga RM2 bergantung pada jenis lauk.

Cara perbuatan Nasi Tumpang
Pembuatan Nasi Tumpang agak rumit sebenarnya, bermula pada petang proses penyediaan nasi sehinggalah kelewat malam. Penyediaan nasi sahaja mengambil masa tiga jam untuk dimasak agar ia tidak mudah basi dan tahan lebih lama. Membungkus Nasi Tumpang memerlukan teknik yang cekap, lauk dimasukkan secara berselang-seli dengan nasi. Setiap proses dilakukan dengan cermat supaya nasi dan lauk dibungkus kemas selain mengelak daun pisang terkoyak yang mengakibatkan nasi terkeluar.

Nasi Tumpang seunit namanya, menurut kisah orang dahulu ia menjadi bekalan untuk nelayan ke laut dan pengembara kerana Nasi Tumpang boleh dibawa dan juga lambat basi.

Nama Nasi Tumpang ia dari orang-orang tua terdahulu yang meletakkan nama tersebut. Nama itu disebabkan nasi itu sendiri nasi tumpang dan lauknya juga menumpang. Apa yang menariknya, Nasi Tumpang dijamah ketika ia betul-betul sejuk. Agak pelik bagi masyarakat melayu, yang lazimnya gemar menjamah nasi ketika masih panas itu keunitkan Nasi Tumpang kerana dibiar sejuk sebaik dibuka balutan daun pisang. Nasi kelihatan menarik di dalam bentuk kon yang dibungkus menggunakan daun pisang. Nasi Tumpang berlaukkan serunding, ayam, ikan tonkong dan udang bergantung pada kehendak pelanggan.

Sumber Gambar: http://niejamuhaimi.com/?p=8180