Istana Jahar kini digunakan sebagai Muzium Negeri. Di sini ditempatkan bahan-bahan yang menarik. Koleksi senjata purba yang terdapat di muzium ini amat menarik. Koleksi senjata ini bukan sahaja terhad kepada senjata yang digunakan di Kelantan malah senjata-senjata dari negara lain. Umpamanya sebilah pedang China yang panjangnya hampir lima kaki.

Persis sebuah taman yang indah di Cardova, Taman Perbandaran Tengku Anis menggamit dan menyambut kedatangan tamu-tamunya dengan hamparan rumput menghijau, hembusan bayu lembut, lambaian dedaun mesra, kicauan beburung riang, percikan air berkilauan serta kekekan hilai tawa anak-anak di taman permainan.

Taman ini dibina adalah berkonsepkan senibina dan senitaman Islam. Susunatur komponen utama taman adalah berpandukan arah paksi geografi Utara Selatan dan arah kiblat. Justeru, rekabentuk binaan dalam taman ini bibuat mengikut konsep rekabentuk bangunan Masjid Kampung Laut iaitu masjid tertua yang kini dipindahkan ke Nilam Puri. Rekabentuk bungaan dan ukiran tradisional. Kemudahan rekreasinya menggabungkan nilai-nilai pembangunan Islam dengan kesenian dan kebudayaan Kelantan.

Jenguklah ke taman hijau ini bagi menikmati keindahan alam ciptaan Tuhanm tumbuhan hijau yang sejuk mata memandang, menenangkan diri dari hiruk pikuk dan kesibukan kota, menyedut udara segar di samping dapat menyihatkan diri dengan melakukan senaman dengan bantuan pelbagai alatan yang disediakan. Datanglah ke Taman Perbandaran Tengku Anis, pasti anda akan datang lagi.

Terdapat banyak lagi tempat menarik di sekitar bandar Kota Bharu termasuklah Padang Merdeka, bangunan-bangunan kerajaan dan rumah-rumah rakit di sepanjang tebing sungai.

Tempat ini menjadi tumpuan pengunjung baik tempatan mahupun luar daripada Kelantan. Amat terkenal kerana selain berada di tengah-tengah Bandar Kota Bharu, ia juga menawarkan pelbagai jenis barangan yang tidak kurang samanya dengan tempat membeli belah utama seperti di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Pusat ini menjadi tempat alternatif kepada pengunjung yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi tempat yang berada di luar Bandar Kota Bharu.

Ianya merupakan pasar malam yang terbesar di Pantai Timur. Uniknya tempat ini kerana ia berlangsung dari petang sehingga ia berlangsung dari petang sehingga ke lewat pagi esoknya. Barangan-barangan yang dijual di sini terdiri daripada barangan dari Thailand seperti pakaian, barangan perhiasan dan keperluan rumah, makanan dan sebagainya.