Persis sebuah taman yang indah di Cardova, Taman Perbandaran Tengku Anis menggamit dan menyambut kedatangan tamu-tamunya dengan hamparan rumput menghijau, hembusan bayu lembut, lambaian dedaun mesra, kicauan beburung riang, percikan air berkilauan serta kekekan hilai tawa anak-anak di taman permainan.

Taman ini dibina adalah berkonsepkan senibina dan senitaman Islam. Susunatur komponen utama taman adalah berpandukan arah paksi geografi Utara Selatan dan arah kiblat. Justeru, rekabentuk binaan dalam taman ini bibuat mengikut konsep rekabentuk bangunan Masjid Kampung Laut iaitu masjid tertua yang kini dipindahkan ke Nilam Puri. Rekabentuk bungaan dan ukiran tradisional. Kemudahan rekreasinya menggabungkan nilai-nilai pembangunan Islam dengan kesenian dan kebudayaan Kelantan.

Jenguklah ke taman hijau ini bagi menikmati keindahan alam ciptaan Tuhanm tumbuhan hijau yang sejuk mata memandang, menenangkan diri dari hiruk pikuk dan kesibukan kota, menyedut udara segar di samping dapat menyihatkan diri dengan melakukan senaman dengan bantuan pelbagai alatan yang disediakan. Datanglah ke Taman Perbandaran Tengku Anis, pasti anda akan datang lagi.