Untuk merasai nikmat keamanan mewujubkan suasana harmoni dalam masyarakat berbagai kaum selainmenikmati hidangan yang unik dan istimewa "Roti Titab" di Kelantan, suasana ini hanya wujub di warung Kopitiam Kita yang terletak di pinggir bandar Kota Bharu. Semuanya gara-gara keenakkan sarapan pagi yang disediakan di warung ini yang menjadi tarikan orangramai bukan sahaja masyarakat setempat malah turut menjadi buah muluk pelancong yang berkunjung keNegeri Tanah Serendah Sekebung Bunga ini.

Menurut pengarah urusannya N.H Wong, sejak dibuka setelah tahun 2015 warung yang terletak di TamanDesa Jaya Kota Bharu ini sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat. Istimewanya kopiam initurut menyediakan menu popular Kelantan di bawah satu bumbung seperti Nasi Berlauk Air Dingin, NasiDagang, Nasi Kerabu, serta pelbagai jenis kuih-muih dengan harga yang berpatutan. Yang paling menjadi tumpuan tentunya Roti Titab, iaitu roti putih yang diletakan kaya dan telur separuh masak.

"Antara bangsa India, Cina, Melayu semua kaum-kaum datang makan ke dalam kedai Kopitiam Kita. Tetapi tempat saya ini yang terpenting orang ramai makan Roti titab yang diproses sendiri, makanan lain seperti Nasi Air Dingin di ambil dari Tumpat dan dari kawasan yang jauh-jauh bukan dari Kota Bharu." N.H Wong.

Setiap hari kira-kira 450 pelanggan akan memenuhi warung ini bermula dari jam enam pagi hingga dua petang dan hanya ditutup sepanjang bulan Ramadhan. Lebih istimewa, warung ini turut menjadi tumpuanselebriti tempatan dan golongan VVIP.

Dalam pada itu menurut pengunjung, kemeriahan yang terdapat di Kopitiam Kita yang menggambarkan keamanan dan kemakmuran rakyat 1Malaysia di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya terdiri dari pelabagai kaum. Walaupun berlainan bangsa dan agama, namun mereka dapat menikmati makanan yang samadalam suasana yang harmoni.