Setelah mengambil masa hampir sepuluh tahun untuk dibina, Masjid Negeri disiapkan sewaktu Sultan Ismail IV. Dikenali sebagai Masjid Al-Muhammadiah juga Masjid Batu, kini masjid ini turut menjadi tumpuan para ulamak dan pendakwah yang menjalankan aktiviti dakwah di negeri ini.

Oleh kerana pembinaan masjid merupakan kewajipan kepada Umat Islam bagi membolehkan mereka beribadat, pada tahun 1921 pembinaan Masjid Muhammadi daripada batu dimulakan bagi menggantikan bangunan asalnya yang diperbuat daripada kayu.

Masjid berkenaan siap dibina pada tahun 1925 itu dengan kos RM372,395.00 dimana lantainya dibina daripada batu marmar buatan Itali (Italian marbles) manakala luas dewannya ialah 116x62 kaki lebar dan 25 kaki tinggi.

Keluasan bangunan masjid itu ialah 10,600 kaki persegi dan Masjid Muhammadi tersebut mempunyai empat menara dimana salah sebuah daripadanya mencapai ketinggian 70 kaki.

Pada zaman tersebut juga, bangunan rumah kedai mulai didirikan di Jalan Sultanah Zainab, Jalan Tok Hakin, Jalan Temenggong, Jalan Tengku Petra Semerak dan di sekitar Pasar Besar Kota Bharu sekarang.