Terletak di Jalan Hospital turut menggabungkan Balai Seni Lukis Negeri Kelantan. Bangunan ini pernah digunakan sebagai Pejabat Tanah sewaktu zaman penjajahan sehingga tahun 1990 dan kini telah diubahsuai menjadi Muzium Negeri. Muzium ini mempamerkan barang-barang seni hasil kerjatangan dan berbagai peralatan muzik tradisional Kelantan. Turut dipamerkan barang-barang seramik yang membuktikan wujudnya jalinan perdagangan Kelantan dan Negeri China. Selain dari itu terdapat berbagai artifak lama yang ditemui di beberapa buah tapak arkeologi yang turut membuktikan akan kewujudan tamadun pra-sejarah Kelantan.

Bangunan Istana Batu Dibina pada tahun 1939 semasa pemerintahan Sultan Ismail. Di perkarangannya terdapat sebuah Muzium DiRaja yang mana dahulunya digunakan sebagai balai upacara perkahwinan DiRaja dan Istana Persinggahan DiRaja. Sebagai sebuah muzium, berbagai maklumat sejarah dan khazanah lama Kesultanan Melayu Kelantan dipamerkan di sini antaranya ialah pingat darjah kebesaran, gambar-gambar lama, barangan antik perak dan perabut-perabut klasik kepunyaan Sultan-sultan Kelantan terdahulu.

Kelantan, Negeri 'Cik Siti Wan Kembang' menyimpan seribu rahsia di sebalik kehijauan alam semula jadi, kegemilangan adat resam dan kebudayaannya yang masih kekal berkurun lama. Sinonim dengan pantai-pantai yang cantik dan bersih, hamparan sawah padi bak permaidani emas, kedamaian perkampungan nelayan serta keunikan hasil seni kraftangan sering menjadi bahan perbualan di kalangan para pengunjung yang datang bertandang.

Penduduk Kelantan yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama hidup aman dan harmoni. Bebilangan besar dari penduduk Kelantan berbangsa Melayu, mereka masih mengamalkan adat resam dan kebudayaan yang diwarisi dari generasi nenek moyang mereka. Penduduk Kelantan sememangnya dikenali dengan sifat lemah lembut, berbudi bahasa serta ramah mesra terutama sekali apabila menyambut tetamu tidak kira dari dalam dan luar negara.

Kelantan Darul Naim terletak di penjuru sebelah timur Semenanjung Malaysia dan berkongsi sempadan dengan Thailand di bahagian utara. Negeri ini ibarat khazanah berzaman yang memukau mata. Perkampungan indah nelayan, pantai dipinggir pohon-pohon palma, sawah padi subur menghijau dan permainan tradisional seperti wau, gasing. Masyarakat di sini masih mengekalkan adat resam dan tradisi turun-temurun mereka. Lantaran itu, kena pada tempatnya Kelantan digelar 'Akar Umbi Kebudayaan Melayu'.

Kota Bharu, Ibu negeri Cik Siti Wan Kembang yang pesat ini dengan tarikan masa silam sekaligus memberi pelancong peluang meneropong jauh ke dalam corak kehidupan masyarakat Kelantan yang unik. Wajah, bahasa dan hakikat Kelantan yang sebenar boleh dirakamkan di Pasar Budaya, habuan paling istimewa buat peminat fotografi. Suasana warna-warni dan meriah di bazar yang disukai oleh peniaga-peniaga wanita dengan bermacam-macam jualan termasuk sayur-sayuran, makanan laut, kuih-muih, batik, kraftangan serta jeruk sememangnya pemandangan yang tidak boleh dilepaskan.

Negeri ini tidak asing lagi dengan industri perkampungannya seperti percetakan batik, pertukangan perak, ukiran kayu dan tenunan songket, pusat budaya yang terletak di tengah-tengah bandar sungguh terkenal kerana mempamerkan kekayaan warisan kebudayaan dan tradisi negeri Kelantan. Di sini, pengunjung-pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi hebat bermain wau dan gasing piring yang boleh berputar selama berjam-jam tanpa henti disamping menghayati bunyi paluan rebana ubi, sejenis gendang besar berhias indah yang mengasyikkan. Sebagai hiburan waktu malam, disediakan persembahan muzik tradisional Melayu dan 'Wayang kulit' yang menggarapkan kombinasi kemahiran bermain dengan lampu dan gerakan boneka, di samping pertunjukan silat iaitu seni pertahanan diri tradisional masyarakat melayu. Terdapat pantai-pantai yang cantik di sekitar Kota Bharu misalnya Pantai Cahaya Bulan, Pantai Irama, Pantai Bisikan Bayu dan Pantai Sri Tujuh.

Kota Bharu adalah tempat terbaik bagi para pelancong untuk mengenali penduduk tempatan dengan lebih rapat lagi dari sudut kebudayaan dan kraftangan. Ia juga menawarkan pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Pantai
Ombak kuat mengancam semua pantai utama di sekitar Kota Bharu dengan hakisan besar. Masyarakat telah melaksanakan pemecah ombak melalui cerucuk sejumlah besar batu-batu dalam usaha untuk melindungi pantai. Dari segi pelancongan, pantai yang paling terkenal di Kota Bharu Pantai Cahaya Bulan.

Menyelam Wreck
Menyelam di Kota Bharu adalah satu aktiviti yang agak baru. Pada masa ini, hanya satu kedai menyelam beroperasi. Trips keluar untuk melihat bangkai kapal di IJN Awazisan Maru (dikenali secara tempatan sebagai "Penjajahan Jepun Wreck") antara yang ditawarkan. Ia merupakan kapal pengangkutan Jepun pertama yang tenggelam dalam Perang Pasifik dan mengambil masa 30 minit perjalanan dengan bot dari jeti dan 10 minit di luar Kota Bharu.

Gelanggan seni merupakan pusat pameran khazanah budaya dan kesenian yang diwarisi oleh orang-orang Kelantan sejak turun-termurun. Pertunjukan kebudayaan dan kesenian sering diadakan di gelanggang ini termasuklah pertunjukan Wayang Kulit, Seni Silat, Permainan Gasing, Wau di samping persembahan muzik tradisional Kelantan yang unggul dan unik. Gelanggang Seni ini dibuka tiga kali seminggu pada bulan Mac hingga Oktober setiap tahun.