Hanya 30 minit perjalanan dari bandar Kota Bharu untuk sampai ke sini. Berkonsepkan deretan kedai-kedai di sepanjang jalan ke pantai. Barangan yang diniagakan di sini berasaskan kepada barangan buatan tempatan, pakaian dan barangan batik, kraftangan dan sebagainya. Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Di sini pengunjung boleh tawar menawar harga barangan yang paling rendah.

Terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Selain menjual pelbagai barangan harian seperti ikan, sayur dan buah-buahan, pasar ini juga menjual barangan seperti pakaian, panggan mangkuk, perhiasan rumah dan sebagainya. Pasar pelbagai ini sering mendapat kunjungan kerana kedudukannya yang amat strategik ditengah-tengah bandar Kota Bharu, dan keunikan penjual-penjualnya yang kebanyakan terdiri daripada wanita.

Setelah mengambil masa hampir sepuluh tahun untuk dibina, Masjid Negeri disiapkan sewaktu Sultan Ismail IV. Dikenali sebagai Masjid Al-Muhammadiah juga Masjid Batu, kini masjid ini turut menjadi tumpuan para ulamak dan pendakwah yang menjalankan aktiviti dakwah di negeri ini.

Oleh kerana pembinaan masjid merupakan kewajipan kepada Umat Islam bagi membolehkan mereka beribadat, pada tahun 1921 pembinaan Masjid Muhammadi daripada batu dimulakan bagi menggantikan bangunan asalnya yang diperbuat daripada kayu.

Masjid berkenaan siap dibina pada tahun 1925 itu dengan kos RM372,395.00 dimana lantainya dibina daripada batu marmar buatan Itali (Italian marbles) manakala luas dewannya ialah 116x62 kaki lebar dan 25 kaki tinggi.

Keluasan bangunan masjid itu ialah 10,600 kaki persegi dan Masjid Muhammadi tersebut mempunyai empat menara dimana salah sebuah daripadanya mencapai ketinggian 70 kaki.

Pada zaman tersebut juga, bangunan rumah kedai mulai didirikan di Jalan Sultanah Zainab, Jalan Tok Hakin, Jalan Temenggong, Jalan Tengku Petra Semerak dan di sekitar Pasar Besar Kota Bharu sekarang.

Berada bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah. Konsep kedainya lebih tersusun dan menarik. Di sini juga terdapat pelbagai jenis barangan yang ditawarkan kepada para pengunjungnya. Berlainan sedikit kerana di sini terdapat juga kedai yang menawar dan menjual barangan untuk perkahwinan dan kraftangan. Dibuka pada setiap hari dari pagi sehingga lewat petang.

Muzium Seni mempamerkan berbagai bentuk kraftangan tradisi Kelantan yang dihasilkan oleh tukang-tukang mahir tempatan manakala di Kampung Kraftangan pula para pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana barang-barang tersebut dihasilkan. Demonstrasi sulam-menyulam, menenun, mencanting batik serta mengukir kayu dan perak turut disediakan. Para pengunjung juga berpeluang membeli hasil seni pilihan mereka dari kampung ini.